Wednesday 18 July 2012

Bertaut Kasih 10


Ikram terus menuju ke bilik Dika Azhari. Panggilan dari Kak Mona tidak dihiraukannya. Dia sendiri tidak kisah, yang di risaukan di saat ini ialah keselamatan Afrina.

Dika Azhari terkejut dengan kemunculan Ikram yang tiba – tiba itu.

Yes Ikram, ada apa yang boleh saya tolong ke?”tanya Dika Azhari.

“Kenapa kau biarkan Rina pergi seorang diri jumpa dengan Dato’ Hassan?”tanya Ikram.

“Kenapa pula? Itukan memang tugas dia? Selama ini memang dia berurusan dengan Dato’ Hassan kan? Apa masalah kau ni? Tak kan itu pun kau nak cemburu kut?” kata Dika Azhari

“Cemburu apanya. Ye memang selama ini Rina yang berurusan dengan Dato’ Hassan, tapi setiap kali diorang berjumpa.. Rina tak pernah pergi seorang kau tahu tak?”

“Kenapa pula tak boleh pergi seorang ? oh jadi selama ini dia pergi dengan kau la? Jadi kau marahkan aku sebab benarkan Rina pergi tanpa ditemani kau? Common la bro, tolong la professional sikit dalam kerja. Kau tak boleh nak campur aduk kan kerja dengan hal – hal peribadi kau,” marah Dika. Entah kenapa dia berasa cemburu pula dengan Ikram.

“Kau cakap apa ni Dika?” tanya Ikram tidak puas hati malah panggilan yang digunakan untuk Dika Azhari juga sudah bertukar.

“Aku tahu lah korang bercinta, tapi tolong la satu sahaja yang aku minta jangan campur adukkan hal korang dengan kerja,”Sinis Dika Azhari memandang Ikram.

“Kau merepek apa ni? Ni bukan masalah aku bercinta dengan dia ke tak, tapi masalahnya yang kau suruh dia pergi seorag tu kenapa? Kau tahu tak, dulu bapa kau pun tak pernah benarkan Rina pergi seorang kalau beurusan dengan lelaki tua ganyut tu, paling tak pun bapa kau akan suruh aku atau pun Adam  yang temankan. Kau ni memang la Dika.” Sugguh panas hatinya dengan tindakan Dika Azhari itu langsung tidak memikirkan keselamatan Rina.

“Kenapa perlu berteman pula? Apa dia sendiri tak boleh handle ke?Aku ingat dia bijak la sangat,”Dika Azhari ketawa sinis.

“Ni bukan masalah bijak ke tak la. Tapi masalah lelaki tua ganyut tu yang cuba nak buat benda tak baik pada Rina. Kalau kau sendiri tak percaya kau boleh tanya sendiri dengan bapa kau. Sudah la aku malas nak bertekak dengan kau. Cuma ingat, kalau apa – apa berlaku pada Rina,tahulah apa yang aku nak buat pada kau.” Kata Ikram dan terus berlalu meninggalkan Dika Azhari yang termanggu sendirian.

………………
Berkali – kali lonceng di tekan, namun masih lagi tiada reaksi dari penghuni rumah banglo tersebut. Penat menunggu Afrina berkira – kira untuk berlalu ke keretanya,  tiba – tiba pintu pagar automatic itu terbuka. Afrina terus melangkah masuk ke banglo. Kepalanya di toleh kiri dan kanan.

‘Senyap sunyi je banglo ni? Ada orang ke tidak ni? Alahai kenapa aku rasa lain macam je ni,’ desis Afrina.

“Hai sayang, akhirnya dapat jugak I berdua dengan you kan?”

Afrina terkejut apabila melihat Dato’ Hassan yang tersengih sedang turun dari tingkat atas menuju ke arahnya.

“Dato’ maaf, saya terlewat sikit. Boleh kita mulakan Datotanya Afrina. Dia sudah tidak betah lagi di sini.

“Kenapa you ni? Macam takut je dengan I ? I tak makan orang la,” Dato'  Hassan mengenyitkan matanya pada Afrina. Gaya macam nak menggoda sahaja lagaknya.

Esh apa kes pula ni? Sunyi je banglo ni? Seram la pula.

“Em.. pembantu rumah Dato’ mana? Sunyi je banglo Dato’ ni?” tanya Afrina meminta kepastian daripada Dato’ Hassan.

“Oh.. pembantu I semuanya tak ada, yang ada kat rumah ni I dengan you je,” Dato’ Hassan mengenyitkan matanya.

Hah!! Esh tak boleh jadi ni,apa pun yang jadi aku mesti keluar dari sini, silap hari bulan aku boleh kena tangkap basah dengan orang tua ganyut ini. Ya ALLAH selamatkanlah aku..

“Apa maksud Dato’ ni? Maaf  Dato’ saya ke sini atas urusan kerja bukan urusan peribadi, dan saya rasa Dato’ tahukan prinsip saya? Saya harap sangat Dato’ dapat hormat saya,” kata Afrina dengan tegas, walaupun hatinya berasa gusar dengan situasi sekarang, dia cuba untuk berlagak berani.

“Sayang dekat sini tak ada sesiapa pun yang ada hanya you dan I sahaja, I akan bawa you ke tempat yang indah,” sengihan gatal diberikan Dato’ Hassan kepada Afrina.

Afrina yang melihat keadaan itu, lantas cuba untuk keluar dari situ, namun langkahnya mati bila Dato’ Hassan menariknya lengannya.

Dalam keadaan kelam kabut Afrina cuba untuk menyamatkan diri, namun mana la sama kudratnya jika hendak di bandingkan kudrat lelaki yang nafsunya sudah beraja di hati. Rontaan Afrina semakin lemah, air matanya menitis, pandangannya pula semakin lama semakin kelam, adakah begini pengakhiran hidupnya?

“Rina!!!!, jahanam kau orang orang tua,” Ikram sekuat hati menumbuk wajah Dato ‘ Hassan. Dia terus mendapatkan Afrina. Kain tudung Afrina yang telah tertanggal di kepalanya di ambil lalu, tubuh Afrina yang sedikit terdedah itu di tutupnya.

“Rina!! Rina!!, kau dengar tak aku panggil kau ni?,” Ikram menggongcang- goncangkan tubuh Afrina.

“Ikram? Rina macam mana?” tanya Dika Azhari yang tiba – tiba muncul di situ. Dia sendiri tergamam apabila melihat keadaan Afrina. Selepas Ikram keluar dari biliknya tadi dia lantas menuju ke sini. Hatinya bimbang bila mengenangkan apa yang diberitahu Ikram tadi.

“Kalau apa – apa berlaku pada Rina aku tak akan maafkan kau Dika. Kau ingat itu,” kata Ikram dan terus menggendong Afrina ke keretanya. Afrina perlu di bawa ke hospital.

Dika Azhari terdiam disitu, penuh dengan penyesalan. Kalau bukan dia yang memaksa Afrina pergi seorang diri mesti kejadian seperti ini tidak akan berlaku. Dika Azhari menoleh ke arah Dato' Hassan yang mengaduh kesakitan akibat ditumbuk Ikram.

Mulai sangat ini segala urusan perniagaan antara syarikat aku dengan kau akan terbatal. Aku akan bayar ganti rugi sebab aku tamatkan kontrak.” Kata Dika Azhari lalu keluar dari rumah banglo tersebut.

………………..
Dika Azhari termenung di laman rumahnya. Entah kenapa sejak peristiwa itu, dia tidak dapat memaafkan dirinya. Syukurlah tidak ada perkara yang tidak baik yang berlaku ke atas Afrina. Walaupun Dato’ Hassan sudah menerima balasan di atas apa yang berlaku, namun hatinya tetap dilingkari dengan persaan bersalah.

Datin Alia mengeluh berat, kasihan melihat anak terunanya yang menyalahkan diri di atas apa yang berlaku. Di tolehnya ke sisi suami yang sibuk membaca, 'esh tak penat ke orang tua ni asyik membaca je kerjanya.

“Abang, sudah – sudah lah tu membacanya, awak ni tak risau ke tengok anak kita tu? Termenung sana, termenung sini,” kata Datin Alia sedikit risau.

Dato’ Akmal menutup bukunya dan mula memberikan tumpuan terhadap isterinya.

“Awak nak saya buat apa lagi? Tu la keras kepala anak awak tu. Hah padan la muka dia, buli lagi si Rina tu.” Kata Dato’ Akmal.

“Buli Rina? Apa maksud abang ni. Abang ni kan suka merepek,”

“Awak nak tahu awak tanya la anak bujang awak tu, dia kan bos yang baik, suka bagi staf kerja yang entah apa-apa, pula tu suka bagi staf balik lewat. Yang pelik tu dalam ramai – ramai staf kat pejabat tu dia pilih Si Rina je.. tak ada pulak Mona ke? Adam ke?,” beritahu Dato’ Akmal.

Pelik, memang dia pelik melihat perangai anaknya itu. “Salah abang juga sebab tak beritahu pada Dika pasal Dato’ Hassan tu,” rungut Datin Alia.

“Kalau saya tak cakap pun, dia kena tanya. Aik takkan la anak awak tu tak perasan setiap kali Rina jumpa dengan Dato’ Hassan mesti ada teman, terutamanya Adam dengan Ikram. Nasib baik la Rina tu tak ada apa – apa, keluh Dato’ Akmal.

“Papa, Dika minta maaf, Dika tahu Dika memang tak adil dengan Rina. Hari tu Dika marah sangat dengan dia sebab Dika sangkakan yang dia sengaja mencabar Dika. Dika rasa tercabar masa tu papa. Ye la seolah –olah Rina memandang remeh dengan arahan yang Dika beri,” kata Dika Azhari lalu duduk berhadapan dengan kedua – dua orang tuanya.

Dato’ Akmal menggeleng kan kepalanya, “ Sudah la tu Dika, kamu jangan lagi salah kan diri kamu, papa tahu kamu kalau berkait dengan soal kerja kamu akan berikan tumpuan yang penuh, tapi adalakanya kamu terlalu serius dalam soal kerja. Sesekali Dika, kita kena enjoy juga dengan kerja ni, Em lusa Rina dah start kerja kan? Kamu mesti tahu apa nak buat kan?” tanya Dato’ Akmal.

Dika Azhari tidak menjawab hanya mengganggukkan kepalanya tanda dia mengetahui apa yang sepatutnya dia lakukan.

……………………………………….
Afrina meleparkan senyuman. Hampir seminggu dia bercuti kini dia kembali semula melakukan tugasnya di pejabat. Setibanya di pintu lif Afrina ternampak Ikram dan Adam sedang bersembang di situ, lalu di hayunkan langkahnya cepat ke arah mereka.

“Assalamualikum, good morning,” tegur Afrina ceria kepada Adam dan Ikram.

Mereka berdua menoleh serentak ke arah Afrina. Dijawab salam Afrina itu.

“Eh Rina kau dah ok ke?,” tanya Ikram.

“Kau rasa aku ok ke tak?,” tanya Afrina pula.

“Kalau kau dah sengeh macam kerang busuk tu maknanya kau ok la kan.,” kata Ikram bersahaja.

Afrina tersenyum. “Ikram, thanks sebab kau selamatkan aku, kalau kau tak datang waktu itu , aku tak tahu la apa yang akan terjadi,,” kata Afrina. Dia bersyukur sangat kerana semuanya selamat.

No hal la Rina, aku kan sayang kau,” kata Ikram

“Em.. En Ikram sayang Cik Rina seorang je ke? Saya encik tak nak sayang? Kecik hati saya,” Adam pura – pura merajuk.

“ Esh kau mana boleh aku sayang, nanti Fiqa cemburu, hahahha,” terletus ketawa Ikram.

Adam yang mendengarkan nama Afiqa di sebut tersenyum malu.

………………………………………..
“Cik Rina, En Dika nak jumpa.” Kata Afiqah kepada Afrina bila ternampak gadis itu keluar dari biliknya.

“ Sekarang ke?”, Tanya Afrina meminta kepastian

Afiqah menganggukkan kepalanya. Tanpa membuang masa Afrina terus sahaja menuju ke bilik Dika Azhari. Setelah dibenarkan masuk, Afrina melangkah bersahaja menuju ke meja kerja Dika Azhari.

“Ada apa – apa yang saya boleh bantu En Dika ke?,” Tanya Afrina. Dia cuba berlagak tenang.

Dika Azhari tersenyum, lalu di suruhnya Afrina duduk, Dia sendiri tidak tahu bagaimana harus dia memulakan bicara. Hendak berjumpa di luar, Afrina tidak mahu berjumpa dengannya, malah panggilan telifonnya juga tidak di jawab.

“Saya minta maaf atas apa yang sudah terjadi,”

“Saya maafkan,” bersahaja Afrina menuturkannya.

“Semudah itu awak maafkan saya?,” kata Dika Azhari. Pelik tak kan la semudah itu Afrina memaafkannya, paling tidak pun mestila dia disembur dulu, dia pun sudah bersedia untuk mendengar amarah dari Afrina.

“Habis tu tak kan la saya nak suruh Encik kahwin dengan saya pula?” Geram Afrina.

Terkejut Dika Azhari dengan kata Afrina itu. ‘ Biar betul minah ni?

Hah ambil kau.. tu la orang dah maafkan lagi banyak songeh. Tau takut,

“Betul ni?”

Afrina termanggu, terkejut dengan pertanyaan Dika Azhari, sangkanya Dika Azhari tidak ambil peduli dengan apa yang di katakannya tadi. Niatnya hanya untuk bergurau bukan betul- betul pun.. Aduh parah… Tu la Afrina terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata kan dah menggundang padah.

Friday 15 June 2012

Bertaut Kasih 9


Ikram menoleh  sekilas ke arah Afrina yang membisu. Dia sendiri pelik melihat gadis itu hanya mendiamkan diri. Kalau tidak ada sahaja mulut kecil itu berbunyi, tapi di kala ini senyap sunyi di rasakannya.

“Kau nak cakap apa Ikram? Kalau nak cakap, cakap je la. Tak payah nak tengok – tengok aku. Fokus pada pemanduan kau tu.” Kata Afrina selamba. Dia bukannya tidak tahu yang Ikram tidak tentu arah bila melihat dia membisu. Dia pun bukannya sengaja, tetapi dia sendiri merasakan tidak ada mood untuk bertekak atau berbual dengan Ikram. Apa yang ada di fikirannya sekarang ini semuanya mengenai Dika Azhari.

Ikram sedikit terkejut, tak sangka pula Afrina perasan dengan tingkah lakunya itu. Dia sudah tahu sangat dengan perangai Afrina, kalau senyap membisu ada la yang mengganggu fikirannya. Nak bertanya takut pula meyinggung perasaan temannya itu.

“Ala Rina kau marah aku ke lambat ambil kau ni? So sorry, aku terlupa, tadi pun nasib baik Amy call aku, kalau tak aku memang lupa gila,” terang Ikram, bimbang Afrina berkecil hati dengan tindakannya itu.
“Ala aku tak kisah la, sorry Ikram.. aku dah banyak menyusahkan kau kan? ,”

Sudah.. ni kenapa macam sedih sahaja aku dengar ayat yang keluar dari mulut Rina ni? Merajuk ke?

“Kau merajuk ek? Ok la, sebagai tanda maaf aku belanja kau makan ok?” Ikram cuba memujuk Afrina.
Bukannya Afrina marah dengan kelewatan Ikram itu. Tetapi sungguh di kala ini dia merasakan semangatnya tiba – tiba hilang.

“Aku tak marah kau la, aku just tak ada mood je. Tak apa la Ikram. Aku masih kenyang lagi ni, kau hantar hantar aku balik je la ye.. kepala aku ni berat sangat,” rayu Afrina.

Ikram menganggukkan kepalanya. Dia tidak mahu lagi memaksa Afrina. Ikram meneruskan pemanduannya ke destinasi yang ingin di tuju.

“Ok thanks Ikram…” kata Afrina apabila Ikram memberhentikan keretanya di depan rumahnya.

“ Ok.. esok aku jemput kau pukul 7.30 pagi. Kita pergi office sama – sama,”

Afrina hanya tersenyum dan menutup pintu kereta. Dia malas hendak membantah, sekurang – kurangnya tidak la dia bersesak – sesak hendak pergi kerja esok. Dah ada orang nak tumpangkan, buat apa nak tolakkan?.
……………………………………………………………………………………………………
Haikal mengeluh perlahan, entah kenapa dia sering terbayangkan Afrina. Sudah jatuh hati kah dia pada gadis manis itu? Kalau tidak masakan bila bertentang mata dengannya jantung aku berdebar? Bukannya dia tidak pernah bertentang mata dengan gadis yang cantik – cantik, Cuma dapat dirasakan jantungnya berdegup deras apabila berhadapan dengan Afrina. Tapi kenapa sukar benar aku hendak mendekatinya? Aduhai Afrina aku jatuh cinta padamu.

“Sayang…kenapa ni senyap je..” pelik Shila melihat Haikal seakan tidak mendengar apa yang dibicarakan tadi. Agaknya aku cakap seorang – seorang kut? Esh ikutkan hati aku ni Haikal not my taste.. tapi duit dia yang aku sayang sangat.

Sorry dear I penat sikit. You pun tau kan sekarang ni I memang busy,” Haikal mencuit dagu Shila

Shila modal terkenal. Punya package lengkap, malah menjadi idaman lelaki di luar sana, entah kenapa perasaan yang ada pada Shila tidak sama dengan perasaan yang dia rasa  bila dia bersama dengan Afrina. Tiada debaran bila bersama dengan Shila.

I tau you penat, tapi kita kan dah lama tak keluar sama – sama. You busy… I pun busy.. ni pun I curi masa sekejap nak jumpa dengan you, tapi you pula senyap je dari tadi,” Rajuk Shila.

Aduh ni yang leceh ni bila Shila ni merajuk. Habis la duit aku. Lepas ni melayang berapa ribu la pula. Sudah la bulan lepas dia menghabiskan 10K semata – mata hendak memujuk Shila ni. Apa dia ingat kali ni dia merajuk aku nak pujuk la? Huh..

Shila menjeling ke  arah Haikal. Esh boleh selamba pula dia. Pujuk la cepat. Aku dah tak sabar nak shopping ni. Alahai bertuahnya badan dapat boyfriends kaya ni..

“Sayang?” panggil Shila bila melihat Haikal yang hanya mendiamkan diri. Risau pula dia, mana tahu Haikal pula yang merajuk. Pipi Haikal diusapnya.

Haikal agak rimas dengan situasi itu, keluhan dilepaskannya. “ Stop Shila.” Larangnya bila Shila cuba menggodanya.

Tersenyum Shila, ala tu mesti dah tak tahan la tu..” Ok sayang.. I tak merajuk.. em.. I rindu la dengan you, malam ni you temankan I boleh?” manja suaranya cuba menggoda Haikal.

Enough Shila.. I dah meluat dengan perangai you macam ni.. you pun tau kan yang I tak akan sentuh you melainkan you dah jadi isteri I ? So I harap sangat – sangat you faham.

Shila mencebik. Yela tu.. Dia sendiri pun geram sebenarnya, dah di goda bagai Haikal tetap buat tak tahu. Esh.. dia ni tak bernafsu dekat perempuan ke? Whatever … janji tiap – tiap bulan duit aku masuk.
…………………………………………………..
“Rina!!!!...”

“Oit aku pancung kepala kau.. kau pancung kepala aku,” latah Afrina. Mana taknya terkejut beruk dia bila namanya dilaung sekuat itu. Habis kertas yang dipegangnya tercampak.

Ikram ketawa mendengar latah Afrina. Aik sejak bila pula la minah ni melatah. Ikram menolong Afrina memungut kertas yang bertaburan di lantai.

Afrina mengurut dadanya. Esh Ikram ni memnag nak kena ni. Afrina membesarkan matanya apabila Ikram masih lagi tidak berhenti dari tawanya.

“Sudah – sudah la tu Ikram. Ni kau punya pasal la, terkejut aku.” Sedikit tidak puas hati Afrina dengan tindakan Ikram itu. Mamat ni memang kalau tidak mengenakan aku memang tak sah hidup agaknya.

“Ala kau tu.. aku dari tadi panggil, kau boleh menonong je jalan ke depan , tak toleh kanan kiri tu. Wey minah busy sangat ke?  Eh. Kenapa kau buat salinan ni?  Ini bukan kerja kak Mona ke?” pelik pula.

“Ala macam la kau tak tahu bos terbaik kau tu. Dia punya arahan la. So aku sebagai pekerja yang baik aku bertindak mengikut arahan,” jawab Afrina dengan selamba. Malas nak bertekak dengan Ikram.

Esh teruk betul Dika ni. Tahu la dia boss tapi janganla buat macam ni. Dah macam kena buli pula.
“ Kau kena buli ek?” Ikram mendekatkan mukanya ke arah Afrina.

“Bising la kau, dah pergi sana, buat kerja, jangan kacau aku ok,” kata Afrina seraya menuju ke bilik Dika Azhari. Ikram tertawa melihat reaksi Afrina.

………………
“ Apa yang awak buat ni? Lain yang saya suruh lain yang awak buat.. Awak ni tak dengar ke apa yang saya cakap tadi? Tu la buat kerja tak pernah nak ikhlas ni la jadinya. Dah pergi buat semula.” Dika Azhari merengus kasar, sungguh bukan dia marah sepenuhnya pada Afrina. Tapi dia memang tidak suka bila pekerjanya lalai dalam kerja.

“La tadi Encik juga yang suruh saya saya buat salinan ni. Dah tu encik nak salahkan saya pula,” rungut Afrina sedikit tidak puas hati bila dimarah oleh Dika Azhari.

Sesuka hati dia je nak marah aku. Ni bukan kerja aku la. Namun apa kan daya dia hanya pekerja sahaja.
“Saya ingatkan awak dah berubah. Tapi sangkaan saya meleset sekali kan?”,

“Apa maksud Encik Dika?”

Ini kenapa pula, tiba – tiba cakap macam tu. Tadi bukan main marah aku salah buat kerja. Meroyan apa mamat ni.

Dika Azhari merenung tajam ke arah Afrina. Entah kenapa, hari ini dia begitu emosi sekali. Sudah kena rasuk apa entah agaknya. Malah dia sengaja menyuruh Afrina membuat kerja yang di luar bidang kerjanya.

“Tak ada apa la.. awak boleh teruskan kerja awak,” kata Dika Azhari lalu meneruskan kerjanya yang tertangguh tadi.

Esh.. pelik betul la. Meroyan ke? Dia yang suruh aku buat macam tu alih – alih aku yang disalahkan pula. Ah lantak dia la Rina. Baik kau pergi sambung kerja kau yang tertangguh tu.
………………………………..
Afiqah melihat Afrina mengemaskan mejanya untuk bersiap sedia menghadiri mesyuarat bersama dengan Dato’ Hassan. Dia betul – betul risau bila memikirkan yang Afrina akan pergi seorang diri. Bukannya dia tidak tahu bahawa lelaki miang itu cuba mengambil kesempatan ke atas Afrina.

“Cik Rina ok tak?”

“ Saya ok la. Kenapa? Awak nampak pelik je ni?” tanya Afrina. Dia sendiri dapat merasakan Afiqah seakan kalut semacam.

“Saya bukan apa, risau cik Rina pergi seorang diri.”

“Ikram kan ada?”

“En Ikram tak ada, dia ada meeting dekat Damansara,”

“La.. Ikram tak ada Adam kan ada. Awak ni macam la tak biasa, kalau saya ada meeting je dengan Dato’ Hassan mesti la salah seorang dari mereka tu temankan saya. Dah la awak jangan risau la.” Afrina cuba menenangkan Afiqah.

“Masalahnya cik Rina, Adam pun tak ada, dia jumpa client” terang Afiqah

Terdiam seketika Afrina.

“Em.. tak apa la Iqa, saya boleh pergi sendiri,”

“Tapi…..” belum sempat Afiqah menghabiskan katanya, pantas Afrina memotongnya,

“Awak ni jangan la risau sangat, dah ini arahan dari big bos kan, nak atau tak saya kena juga pergi. Awak jangan risau ye. Em.. macam ni la kalau pukul 3 saya still lagi tak balik ke pejabat awak call saya ye? Tak kan la saya meeting dari pagi sampai ke malam kan?”

“Afrina awak masih lagi tak pergi? Awak tahu sekarang pukul berapa? Saya tak nak nanti client complent yang dia kena tunggu awak lama,” kata Dika Azhari, Dia geram sebab melihat Afrina masih lagi di situ. Malah seolah –olah mencabar arahannya.

Terkejut Afrina dan Afiqah. Entah kenapa Afrina sendiri dapat merasakan kemarahan dari suara itu.

“Saya dah nak pergi la ni En Dika,” kata Afrina. Malas dia melayan amarah Dika Azhari yang tiba – tiba itu.
Dia sendiri takut sebenarnyam, apabila Afiqah memberitahunya yang dia perlu berjumpa dengan Dato’ Hassan seorang diri. Sudah la seorang diri.. pula tu di rumah orang tua gatal itu pula. Alasan tak sihat konon. Huh.. yang aku ni pula kenapa tiba – tiba rasa semacam je ni? Esh think positive ok.. InsyaALLAH tak ada apa yang tak baik berlaku..
……………………………………..
“Adam… esh.. bila kau balik ni?” tanya Afiqah agak kalut.

“Esh kau ni kenapa? Tak kan la kau rindu kat aku kut?,”kata Adam bersahaja. Pelik pula dia melihat Afiqah yang kalut tu.

“Kau ini kan suka tak menjawab soalan aku la. Aku tanya kau kau boleh pula  tanya aku balik? Esh dah la… bila kau balik ni?”

“Ala gurau pun tak boleh la kau ni. Baru je aku balik ni. Kenapa?”

Aduhai kenapa la dia lambat nampak Adam ni. Kalau tidak tak adalah  Afrina tu pergi seorang diri. Risau betul.

“Dah yang kau diam pula kenapa?” tanya Adam sedikit tidak puas hati apabila melihat Afiqah hanya berdiam.

Afiqah tidak segara menjawab pertanyaaan Adam itu. Di renungnya Adam. “ Cik Rina baru sahaja pergi jumpa Dato’ Hassan,” kata Afiqah setelah agak lama berdiam.

“La aku ingatkan apa la tadi. Cik Rina kan pergi ke sana bukan suka- suka dia ada urusan kan? Yang kau nak risau sangat ni apasal? Lagipun bukannya dia pergi seorang diri kan? En Ikram kan ada temankan dia. Relax sudah la.” Kata Adam cuba untuk menenangkan Afiqah.

“Kalau En Ikram ada aku tak kisah la. Tak ada la aku risau macam ni.”

Terkejut Adam. Aduhai bala apa pula yang datang ni. “ Kau dah bagitahu En. Ikram?”, tanya Adam.

“Bagitahu saya apa ni Adam?,” kata Ikram lalu memandang Afiqah dan Adam.

Tersentak Afiqah dan Adam bila  melihat Ikram. Mereka saling berpandangan. Afiqah menghantar isyarat mata kepada Adam agar memberitahu perkara sebenar pada Ikram. Namun Adam juga menghantar isyarat yang sama agar Afiqah sendiri yang memberitaunya. Ikram yang melihat aksi mata antara mereka berdua lantas tersenyum,

“Awak berdua ni sakit mata ke?” tanya Ikram, sengaja mengusik Adam dan Afiqah.

“Esh tak ada la En Ikram. Mata saya ni masuk habuk tu yang tak reti duduk diam tu,” jawab Afiqah sekadar menutup malu.

“Ok. So berbalik pada soalan saya tadi, apa yang awak berdua nak beritahu saya tadi? Macam penting sangat je” Tanya Ikram serius. Dapat di rasakan ada sesuatu yang cuba disembunyikan mereka berdua.

“Sebenarnya En. Ikram, Cik Rina dia ada meeting dengan Dato’ Hassan..” belum sempat Afiqah menghabiskan ayatnya, Ikram sudah mencelah.

“Lah tu sahaja yang hendak diberitahu pada saya? Saya tak kisah pun. Bila meetingnya? Sekarang ke? Saya memang tengah free ni. So Afiqah awak beritahu Cik Rina saya tunggu di lobi ok,” kata Ikram dan hendak berlalu meninggakan mereka nerdua di situ. Dia ingin menuju ke biliknya mengambil kunci kereta dan terus menunggu Afrina di lobi sahaja.

“En Ikram…”, panggilan Afiqah itu menghentikan langkah Ikram

“En… Cik Rina dah pergi meeting tu,”kata Afiqah.

“Dia pergi dengan siapa? Dengan En. Dika ke?,” tanya Ikram meminta kepastian daripada Afiqah.

“Tak … Cik Rina pergi seorang,” kata Afiqah.

Terdiam Ikram apabila Afiqah memberitahunya perkara itu. Perasaan risau mula menguasai dirinya, bukan setakat perasaan risau malah marah pun ada. Dia sendiri tidak menduga bahawa Afrina begitu berani berjumpa dengan Dato’ Hassan seorang diri.

“Ye En Ikram, Cik Rina pergi seorang diri tanpa ditemani sesiapa, lagipun tu semua arahan daripada En Dika. ” Afiqah cuba menyedarkan Ikram yang dilihatnya hanya mendiamkan diri sahaja sedari tadi.
Ikram terus melangkah meninggalkan Afiqah dan Adam. Kakinya dihayun menuju ke bilik Dika Azhari. Terasa segala kebimbangan dan kemarahan hendak disemburkan kepada lelaki itu.